FET595- FORM AND SOUL ART AND IDEA (FINAL ARTWORK)

 FET595 – FORM AND SOUL ART AND IDEA 

(AD2284B) 


Sketching idea





      Ini merupakan sketch idea saya mengenai tulisan jawi (Kaligrafi). Saya menghasilkan sketch dengan menggunakan teknik yang menghasilkan rupa dan kemudian disusun secara rawak sehingga menghasilkan beberapa overlapping layer antara rupa dan bentuk.

 

Nama Artist : Muhammad Hafiz Kamarul Naem

Tajuk : Jawi I

Tahun : 2021

Media : Campuran media atas  Boxboard

Saiz/ukuran: 59.4cm X 84.1cm

Tema : Kaligrafi jawi 



Penerangan karya:

Dalam karya saya ini yang bertajuk “Jawi I” yang berformatkan portrait dan dibuat pada tahun 2021. Bahan dan material yang saya gunakan dalam karya saya ini adalah aerosol spray paint dan dakwat cina di atas Boxboard. Saiz ukuran saya ini ialah 59.4cm X 84.1cm saiz.  Saya menggunakan huruf-huruf jawi sebagai penyataan saya dalam seni. Dalam penghasilan huruf ini disusun secara rawak bagi menampakkan kesan ilusi bayang dan juga diulang huruf jawi ini sehingga memenuhi ruang  di atas karya.

Analisis

Dalam karya saya juga terdapat beberapa unsur dan prinsip seni seperti yang dapat dilihat pada karya saya ini saya menggunakan  unsur-unsur seni seperti rupa, bentuk ,ruang dan warna . Saya menggunakan rupa yang berulang  (repeatition) yang akan  menghasilkan bentuk dan juga ruang diantara rupa. ,  Dalam karya saya ini juga melihatkan beberapa peranan ruang yang mewujudkan jurang jarak antara beberapa rupa dan bentuk yang dihasilkan. Dari segi warna pula saya menggunkan warna hitam dan putih dan juga terdapat satu penegasan yang cuba saya tekankan pada karya saya iaitu berwarna keemasan.  Kesemua unsur-unsur ini menghasilkan keharomian tulisan kaligafi yang menarik dan dari segi komposisi saya yang cuba terapkan dalam karya saya ini ialah secara rawak. Seperti kita dapat lihat saya memainkan tone dari cerah ke yang gelap sehingga menonjolkan tulisan kaligrafi. Dalam karya saya juga terdapat keseimbangan yang  tidak simetri iaitu perletakkannya secara rawak

Interpertasi

Dalam karya saya ini yang menjelaskan tentang penggunaan bahasa jawi yang semakin pudar di kalangan masyarakat dan termasuk golongan muda. Saya cuba membawa tulisan kaligrafi dalam karya saya yang bermaksud “ Tulisan jawi yang semakin dilupakan”. Karya saya juga membawa kembali tentang tulisan jawi  yang menjadi nadi kepada masyarakat pada zaman dahulu dan kini sudah hilang kerana keberadaan tulisan asing yang menguasai dunia pada hari ini, yang menjadi perkara baharu untuk dibelajar dan semakin lama tulisan jawi semakin tenggelam. Penggunaan tulisan jawi pada masa kini tidak relevan dan hanya digunapakai semasa pembelajaran di sekolah-sekolah, institusi atau pondok dan tidak secara meluas di Malaysia.

Penilaian

Nilai: Estetika seni Islam dan budaya Melayu 

      Pada pandangan saya  sebagai seorang  pelukis berjaya  kerana saya  menggunakan warisan budaya bagi menonjolkan nilai nilai kerohanian sebagai tanggapan estetik dalam hasil karya kerana ingin menonjolkan imej warisan budaya dalam kalangan masyarakat. Dalam karya saya juga ada tertulis “Tulisan jawi yang semakin dilupakan” terutamanya pada zaman sekarang dimana tulisan jawi merupakan budaya orang melayu. Secara amnya, masyarakat sekarang lebih mengemarkan penggunaan bahasa asing.  Karya saya juga menegaskan agar tulisan kaligrafi jawi juga tidak pupus pada zaman yang akan datang.Saya juga menggunakan tulisan jawi ini adalah kerana mempunyai sifat  nilai-nilai kerohanian dan juga keindahan tulisannya yang estetika dan selari dengan budaya melayu. Karya juga menerapkan jiwa keindahan islam dalam penghasilan seni.

      Unsur-unsur keindahan dalam tulisan ini juga menampakkan jiwa dan budaya melayu dalam memartabatkan tulisan jawi dalam kalangan masyarakat umum terutamanya pada zaman sekarang. 




Comments